Isnin, 14 Disember 2009

PESBUK? ATAU FESBUK??

Aku rasa ramai yang ada pesbuk. Tapi kalau aku kata aku tak ada korang percaya tak? Tapi... dan tapi lagi sekali... aku memang tak ada pesbuk. Yang ada pesbuk ni ayang aku je. Itupun ada sebab kawan-kawan dia invite.


Tapi lagi sekali, pesbuk ayang aku tu yang selalu masuk dan guna adalah aku hahaha. Kenapa ayang aku tak jaga pesbuk dia. Sebab dia macam aku lebih suke pada blog sahaja. Lagipun pesbuk tu dia cuma nak tengok pic kawan-kawan dia je. Jangan harap nak jadi kawan pesbuk aku untuk tengok pic aku. Memang korang tak dapat tengok punyalah. Sebab aku tak suke tepek pic dekat sitew heeeeeee...

Pesbuk ni aku buka pada waktu keje. sssyyyyyy... jangan bising-bising tau. Nanti big bos aku tau. Tapi nak heran apa, big bos aku pun ada pesbuk ekekekek. Tak lama lagi opis aku pun ada pesbuk. Giler!!!

Hari sabtu lepas nadia si nurse, ajar aku cara-cara nak berkebun. Senak perut aku belajar dengan dia. Punyalah kelakar. Banyak betul pantang larang dia. Kena la pulak yang dia ajar ni si pemalas berkebun hehehe. Sekali kekonon nak jadi pekebun yang berjaya. Habis semua pokok mampus hahaha. Memang giler. Sampai mati kering pokok stawberi aku. Lagipun aku buka pesbuk ni waktu opis je. Kat rumah aku lebih kepada blog.

Kebun aku sekarang ni cuma ada 8 petak je. Tu pun rasanya dah terlebih petak hehehe


Aku tengok kebun nadia, giler betul. Punyalah meriah. Penuh sumur di ladang hahaha. Rajin giler minah ni berkebun. Mengalahkan aku. Tapi aku memang tak suke bercucuk tanam pun. Kalau aku bercucuk tanam sure pokok mati. Kat rumah aku tu pun ayang aku yang rajin tengok dan siramkan. Namun aku nak tengok memang takde la. Sebabnya tangan aku panas. Nanti pokok mati. Amacam ok tak alasan aku hahaha

Aku rasa mesti ada orang marah kaw-kaw kat aku. Ialah aku dah cakap kat dia tak suke dengan pesbuk ni. Tapi tak kisah la dia nak marah ke apa. Bukan aku leh larang dia nak marah pun. Marah la aku. Ada aku kisah!! hehehe

Aku masuk pesbuk ayang aku ni pun sebab nak tengok apa yang dorang perkatakan yang berkebun tu besh sangat. Tapi bila dah masuk tu dan ada kebun sendiri... ceh!! busan giler. Nak kena tunggu bagai. Layan novel lagi bagus hehehe

Tapi aku suke masuk ladang orang. Kira melawat la. Jadi aku dapat la duit. Bila dapat duit aku pun bagi la hadiah kat pemilik kebun tu. Ni si nadia la yang ajar aku. Tapikan... kan... kan... aku rasa aku tak akan menjadi giler kebun kot! Sebab aku malas nak tunggu hasil dia masak. Letih siot nak tunggu.

Tapi kalau aku jadi pekebun yang berjaya macamana eh!!...
Sah la... kena kutuk kaw-kaw hahaha ammmmpppuuuunnnnnnnnnnnnnnnn....

9 sembang-sembang:

oRkId eDyLiYnE berkata...

kita main juga ladang2 tu...
bagi kita bestlah...
tapi tanam yang tunggu hasil lama sikit macam 2 3 hari...
nanti dah 2, 3 hari baru pergi lawat ladang...
tak payah hari2 membazir masa...
hehe...
lawat 2 hari sekali cukuplah...
suka juga main2 dekat facebook..
macam banyak masa je...
hehe..
=)

Nursuzry berkata...

masalah akak ko ni dik. mana sabor nak tgg 2 3 hari nak menuai. tu yg rasa xbesh. ahaks!!

tapi apa pun alasan yg org bagi pasal pesbuk ni kak su x kisah. tu masing2 punya hak. klu dorang suke teruskan. yg pasti akak ko ni mmg x suke ke ladang/kebun tu ekekekek.

saypOOL rafhtello berkata...

explore lagi FB..banyak yg best2.. =)

Sulela berkata...

Haiiyyoh...blog aku pun tak terlayan...inikan lagi bukumuka...wakakaka

Nursuzry berkata...

saypOOL rafhtello - aku ni x serajin ko la. aku ni bab kebun mmg malas tahap gaban hehehe. ni kan pula nak menerokai ke sana adeh!

sulela - eerr... bukan mukabuku ke sis. ke sudah tukar jadi bukumuka ekekekekek.

zia berkata...

err..berkebun kat pesbuk..amende tu..hehehe..tdo lagi baik

Nursuzry berkata...

aku pun dah ngantuk ni. jom balik tido hahaha

Mr_Rizal berkata...

kalau tgk kawan kawan lama smss yang perempuan berkebun, lagi dahsyat...!!

Nursuzry berkata...

rajin gile dorang tu berkebun. tapi mujur aku xsegiler itew hehehe

Related Posts with Thumbnails