Rabu, 9 Disember 2009

BANJIR!!

Sekarang ni musim hujan. Tapi apa kena mengena hujan dengan aku ye! bbuuuurrrrr... sejuk tau bila hujan turun. Itu semua rahmat. Syukur... syukur nikmat.

Semalam dalam tidur, aku bermimpi. Mimpi aku berkisarkan hujan dan teman sekolah.

Dalam mimpi tu, hujan turun dengan lebatnya. Situasi tu berlaku di rumah lama aku. Iaitu di quarters kerajaan. Nak pula rumah aku jenis mengadap ladang. Jadi ada 2 jalan yang boleh dilalui oleh semua penduduk. Jalan yang mengadap ladang tu di kirakan jalan utama. Segala macam kenderaan boleh lalu ikut situ. Jalan yang kedua adalah di hadapan rumah aku. Jalan tu cuma boleh di lalui oleh aku dan jiran-jiran. Tapi kadang-kadang tu ada juga lori atau bas yang melintas kat depan rumah aku tu.

Dalam mimpi aku tu mengisahkan tentang hujan yang lebat. Lebat sangat-sangat. Maka dengan itu mudahlah banjir berlaku. Depan rumah aku digenangi air yang sungguh banyak. Maknanya dah jadi bah la kan. So, bila dah jadi banjir maka laman depan rumah aku tu di korek untuk memberikan laluan air. Habis segala pokok-pokok bunga dan tanaman-tanaman mak aku dijadikan korban.

Dalam hati di landa kerisauan. Tiba-tiba rumah aku tu di kunjungi kawan sekolah. Tak silap aku Sham nama dia. [dalam mimpi aku panggil dia Sham, tapi aku tak pasti nama betul dia. Sebab masa dekat sekolah aku tak berapa rapat dengan dia.] Dia datang dengan isteri dia dan anak. Rumah mak aku tu sentiasa orang datang berkunjung ialah mak aku tu tukang jahit baju. Jadi orang datang bertandang tu perkara biasa pada keluarga aku.

Dalam duduk berborak dengan di temani hujan dan banjir. Kami rancak berbual pasal kawan-kawan sekolah. Isteri Sham pula berborak dengan mak aku. Agaknya tengah bincang pasal nak buat baju kot. Banyak kisah sekolah yang aku bualkan. Termasuklah kisah Rosnizam [Daud - nama manja dia hehehe], Syawal [dah jadi doktor dia ni], Halim, Sakinah. Ramai gak la cerita yang kami bualkan. Itu pun antara ingat dan tak ingat je. Sebab dalam mimpi tu macam samar-samar. Ini je yang aku ingat. Akhir mimpi pun aku tak ingat apa yang berlaku.

Tapikan dalam mimpi tu banjir sentiasa je la. Memang deras aliran air yang lalu depan rumah aku tu. Kata orang kalau mimpi pasal air yakni banjir itu tandanya REZEKI. Betul ke? Kalau betullah apa yang dimaksudkan tu. ALHAMDULILLAH. Semoga bertambahlah rezeki aku hendaknya.

AMIN


6 sembang-sembang:

Sulela berkata...

Memang aku ada baca...mimpi air tu rezeki. Tapi mimpi kita tu sebaik-baiknya jangan diceritakan pada orang. Itu kata Ust. Shamsuri melalui kaset ceramah agamanya. Jika ingin diceritakan pun, hanya pada orang yang terdekat dengan kita. Contoh, suami ko...hehehe.

Nursuzry berkata...

aku pun ada dgr yg ustaz kata klu boleh mimpi tu jgn dicitekan pada org. tapi aku dah terlajak cite ni. camne ni...

lain kali aku zip jari huhuhu

thanks ye sis ingatkan aku...

Sulela berkata...

Dah terlanjur (kehkehkeh) cerita...takpe la...hehehe. Len kali kene hati2 gittew... Tu nasihat untuk aku gak tu...wakaka...

Dan menurut ceramah ustaz itu lagi, bila kita bermimpi perkara2 yang tak baik, seelok2nya kita ludah 3 kali sambil berdoa agar seluruh keluarga dan diri kita dijauhi bala dan perkara buruk jua...insyaAllah.

Tapi kalau bermimpi jumpa John Cena misalnya...boleh cite kat orang tak Su? harharhar

Nursuzry berkata...

memula aku baca, aku terasa insaf la sekejap bersama ko.

tapi!!! bila masuk ayat terakhir tu aku rasa nak smackdown ko la sis. hahahaha... sabor je la.

john cena ko tu dah lama x nampak. apa dia buat skang eh!

zia berkata...

owhh ye ke..tp sue memang nk dapat rezeki ni..hehehe

Nursuzry berkata...

hehehe

Related Posts with Thumbnails