Isnin, 14 November 2011

Kebaikan PISANG...

Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya didalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain.
1. Sebagai sumber tenaga

Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia
.

Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut

Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakar

Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. ia mempunyai kesai yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan wajah

Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.

6. Atur berat badan

pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susui cair setiap hari. jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. malah menu ini juga memang sangat menyihatkan

7. Kecantikan semula jadi

Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas ‘bana milk-shake’ yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.

8. Menambah nafsu makan

Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembalin tenaga.

9. Mengawal berat badan

Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan berat badan. Telah terbukti seseorang akan kehilangan berat badan apabila mengambil empat biji buah pisang dan empat gelas susu tanpa lemak atau susu cair pada setiap hari dalam masa tiga minggu. Selain itu, diet tersebut membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Bagaimanapun, pengambilan segelas ‘banana milk-shake’ yang dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga selepas makan akan menaikkan berat badan.

10. Sebagai sumber tenaga

Pisang boleh dicerna dengan mudah, gula yang terdapat di dalam buah tersebut akan diubah menjadi sumber tenaga yang bagus.

11. Baik untuk wanita yang hamil

Pisang juga disaran untuk wanita hamil kerana ia mengandungi asid folik, yang mudah diserap janin melalui rahim. Namun, jangan diambil secara berlebihan. Ini kerana sebiji buah pisang mengandungi sekitar 85-100 kalori.

12. Mempunyai zat besi yang tinggi

Dua biji pisang yang dimakan oleh pesakit anemia setiap hari sudah cukup kerana mengandungi zat besi yang tinggi.

13. Atasi masalah cirit-birit

Pisang yang dicampur dengan susu cair boleh dijadikan sebagai ubat penyakit usus. Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat masalah cirit-birit.


Best tips!

  • Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau dihujungnya.
  • Individu yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi sejenis protein yang membantu seseorang menjadi lebih tenang.
  • Jika berasa pening-pening, cara yang paling cepat merawatnya ialah dengan minum ‘banana milkshake’ yang dicampur dengan madu.

Selasa, 1 November 2011

[TERLEWAT] KOLEKSI TERBARU DARI PBAKL 2011

Sepatutnya entry ni dipostkan pada 3hb Mei 2011. Tapi disebabkan masa yang aku ada terlalu padat, maka posting untuk pesta buku 2011 menjadi tertangguh.

Tak banyak aku beli masa PBAKL 2011 hari tu. Sebab aku beli ikut bajet yang ada. Jadi beli mengikut list yang telah disediakan. Jadilahkan, dari aku beli tak tentu arah atau melebihi bajet. Next PBAKL 2012 InsyaAllah... aku sedang mengumpul duit hehehe... dan akhir kata terima kasih pada Lyza. Sebab apa? itu rahsia diantara aku dan dia muehehehehe...

..:: Creative Enterprise ::..


..:: Jemari Seni ::..


..:: Fajar Pakeer ::..


..:: SR Publisher ::..


..:: Alaf21 ::..


*Terima kasih pada Lyza

Sabtu, 5 Februari 2011

Gulai Kepah @ Kepah Lemak Cili Padi @ Kepah Berempah?

Masa bercuti ke PD tahun lepas, aku ada makan lauk Kepah. Aku sendiri tak pasti kepah tu di masak apa. Yang aku tau makan je hahaha . Tapi memang masyuk la bila makan lauk tu.



Ada orang kata Gulai Kepah, dan ada orang kata Kepah Lemak Cili Padi, dan ada orang kata Kepah Berempah. Yang mana satu betul ye?

Dah puas aku tanya ngan uncle Google ni. Jawapan dia sungguh menghampakan. So, pada sesiapa yang ada resipi Kepah ni... mintak kongsi resipi boleh.

Ahad, 26 Disember 2010

KOLEKSI AKHIR TAHUN 2010

..:: Fajar Pakeer ::..



..:: PTS ::..




NOTA :- Novel kanak-kanak tu anak aku yang punya heh heh heh

Khamis, 16 Disember 2010

TAK PERNAH TERMIMPI

Sebenarnya aku betul2 terkejut dan tak sangka yang aku bakal mendapat novel dari penulis yang boleh aku katakan yang terSOHOR di Malaysia. Siapa tak kenal dengan Rose Harissa. Aku rasa semua tahu siapa dia.



Beliau banyak menghasilkan novel sekarang ni. Bermula bertapak dengan Alaf21 kemudian berhijrah ke NB Kara dan sekarang bersama dengan PTS dana masih lagi bersama dengan NB Kara. Maka terhasil la novel Wasilah Cinta Weera.



Masa buku ni mendarat dekat rumah mak aku... memang aku rasa seperti tidak percaya. Ialah penulis terkenal beb. Aku ingat dia main2. Rupa-rupanya siyes kakak aku ni. Terharu tak terkata. Happy giler aku. Dan mujur tak giler bila aku nampak ada nama aku digunakan di dalam sebahagian jalan cerita. Walaupun nama yang digunakan itu bukan nama sebenar aku. Tapi adalah nama samaran aku... memang aku terharu sesangatlah.

Rasanya cukup la aku potpet kat sini. Nanti ada lak kata aku riak. Terima kasih sekali lagi kepada Kak Rose. Semoga terus berkayra. Aku akan setia menyokong ko dari blakang.


Isnin, 22 November 2010

BINGKISAN DARI SEBERANG LAUT

Terharu sungguh. Walaupun beday aku dah berlalu pergi... masih ada lagi yang sudi nak memberi hadiah dekat aku. Yang aku bertambah seronok sangat tu, dia hadiahkan aku novel wuhuuuuuuuuuu... syoknye. 10Q... 10Q... 10Q...





Maka dengan ini aku istiharkan yang rak buku aku dah boleh jadi perpustakaan mini yahooooooo....

Isnin, 8 November 2010

PERHATIAN

Pada yang ingin mengetahui review pada novel-novel yang aku beli ni... sila ke blog SEGALANYA MUNGKIN di sana aku campakkan review novel.

Tapi buat masa ini... aku slow mereview novel di sana. Jika ada keizinan yang mengizinkan untuk aku... insyaAllah aku akan mengUPDATE ulasan di sana.

Sila... sila... sila... jangan malu untuk bertandang kesana. Tiada apa yang menarik cuma hanya ada ulasan pasal buku, drama dan filem sahaja.

Related Posts with Thumbnails